Tuesday, 3 April 2007

SEJARAH SMESH


Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS) merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-27 di negara kita dan yang pertama di negeri Sabah. SMESH terletak dikawasan seluas 16 ekar berhampiran Taman Tun Fuad Stephen dan Kelab Golf Kinabalu di Bukit Padang, Kota Kinabalu. Pada tahun 1978, bangunan untuk Sekolah Menengah Sains Sabah telah dibina di Bukit Padang dan diserahkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh (kini Sektor Sekolah Berasrama Penuh), Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pada 1 Januari 1984, SMESH mula beroperasi dan menjadi perintis kepada sistem Sekolah Berasrama Penuh di Sabah dan Sarawak. En. Mohd. Radzwan Mohd Yusof telah bertanggungjawab memulakan kerja-kerja awal pentadbiran, pengambilan guru serta para pelajar mulai 16 Januari 1984 dengan beroperasi di Pejabat Bahagain Sekolah-Sekolah, Jabatan Pendidikan Sabah. Kumpulan Pelajar sulung sekolah seramai 256 orang telah mendaftarkan diri di Bilik Guru pada hari Sabtu bersamaan 26 Mei 1984. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1,4 dan 6 Rendah dalam jurusan Sains dan sains Sosial yang terpilih dari seluruh negeri Sabah. Pada tahun 1986, sekolah ini telah memperkenalkan Kelas Matrikulasi sains Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan sabah dan merupakan satu-satunya pusat matrikulasi Sains UKM di Sabah.

Pada Jun 1987, En Adnan Ibrahim telah melapor diri sebagai pengetua sekolah ini. Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad menjadi pengetua ketiga pada tahun 1994 diikuti oleh Tuan Haji Abbas Haji Awang sebagai pengetua keempat pada penghujung tahun 1996. Tuan Haji Wahid Haji Kapal menyusul kemudian menggantikan Tuan Haji Abbas pada penghujung tahun 1997 sebagai pengetua kelima. Pada 12 April 1997, SBPS dengan rasminya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH). Penukaran nama telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hassan Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Unit Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jawatan pengetua pada waktu ini dijawat oleh PN. HJH. ROSSMINAH BT YAMIN. Beliau merupakan pengetua wanita pertama di SMESH.

(sumber:http://www.smesh-online.com)

3 comments:

Anonymous said...

SMesh juga terkenal dengan gangster2, penghisap gam, kaki amput, cikgu pun kaki amput, pengetua pun palui dan mcm2 lagi

Anonymous said...

hahaha..gila bah ko ni..separuh ja betul tu

Anonymous said...

kaki liwat lagi banyak hahaha